"Saya Rancang Ambil Tindakan Undang-Undang" - Farid Kamil Berang Cedera Ketika Penggambaran Drama



Pelakon popular yang juga suami kepada Diana Danielle, Farid Kamil mendakwa dirinya mengalami kecederaan serius ketika menjalani penggambaran sebuah drama bersiri.

Ketika ini Farid Kamil terlibat bersama pelakon cantik Nelydia Senrose dalam drama bersiri 32 episod berjudul Lafazkan Kalimah Cintamu.

Dikatakan, akibat kecuaian pihak produksi menyediakan aspek keselamatan di lokasi, Farid Kamil dan Nelydia Nelydia mengalami kecederaan.

Kecederaan itu dialami ketika menjayakan penggambaran babak hujan bersama Nelydia Senrose.

Malah Farid Kamil menyatakan dia bukannya hilang di set lokasi penggambaran tetapi telah diberikan cuti sakit.

Ini komen Farid Kamil:

"Saya sebenarnya terpaksa bergegas ke hospital sejurus selepas mengalami gatal-gatal.

"Justeru, cerita yang timbul mengatakan saya menghilangkan diri adalah tidak benar sama sekali. 

"Kaki saya sakit, lebam-lebam seperti kena gigitan. Malah, hampir tidak boleh berjalan akibat terkena hujan dipercayai kotor dan mengandungi toksik.

"Saya juga tidak boleh memakai seluar dan tidak boleh tidur malam selama beberapa hari kerana menahan sakit selepas kejadian itu minggu lalu.

"Nelydia pula mendapat gatal-gatal di separuh bahagian badannya,".

Farid Kamil mendedahkan hal berkenaan ketika ditemui pada majlis pelancaran Dewan Perniagaan Artis dan Selebriti Malaysia di Hotel Royale Chulan Damansara.

Farid Kamil memberitahu, ekoran kejadian itu, dia diberikan cuti sakit selama 10 hari selepas berjumpa doktor.

Ini penjelasan Farid Kamil:

"Selepas mendapat rawatan, keadaan beransur pulih dan saya sudah boleh memakai seluar panjang.

"Saya tetap akan kembali ke lokasi untuk menghabiskan baki penggambaran drama itu seperti terikat dalam kontrak,"

Kata pelakon ini lagi, dia memandang serius perkara itu terutama membabitkan aspek keselamatan barisan pelakon dan kru di lokasi.

"Sebagai pelakon, saya juga mempunyai hak untuk menitikberatkan aspek keselamatan dan kebajikan diri, apatah lagi kecederaan dialami ketika menjayakan adegan menggunakan hujan palsu.

"Isu ini membabitkan soal hidup dan mati golongan artis seperti kami. Saya merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit nanti.

"Jika saya tidak mengambil tindakan tegas kecuaian ini boleh menimpa pelakon lain pula nanti," 

Itulah penjelasan dari pelakon popular, Farid kamil tentang perkara ini. Apapun semoga Farid Kamil kembali sembuh dari sakitnya itu.

Sumber: Berita Harian / Harian Metro