Kisah Mistik Gunung Agung Di Bali
Pulau Bali, Indonesia yang pada mulanya tenang kembali digegarkan dengan letusan Gunung Agung, gunung berapi yang menyimpan banyak kisah mistik telah menyebabkan banyak jadual penerbangan dibatalkan kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar, Bali ditutup sementara. Tiada siapa menyangka Gunung Agung setinggi 3,031 meter boleh meletus sehingga mengganggu jadual penerbangan.