'Keris Alang' Senjata Hukuman Mati Kerajaan Melayu Tua

Keris Alang atau keris penyalang adalah sejenis keris kuasa, senjata yang tidak digunakan untuk bertarung tetapi lebih merupakan simbol kuasa dan autoriti kerajaan beraja. Keris Alang digunakan untuk menjalankan hukuman bunuh terhadap penjenayah berat. Ia tidak dipakai bersama busana tetapi dipegang dengan menggunakan tangan. Kerajaan Melayu dahulukala mengenakan hukuman bunuh bagi