"Jangan kata saya tak update" - Luahan Hati Izara Aishah



Baru sahaja selesai bergelar isteri kepada anak Dato K iaitu Adib, pelakon cantik Izara Aishah telah membuat satu pendedahan yang agak mengejutkan.

Namun pendedahan ini berkaitan kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Menerusi satu tweet, pelakon jelita Izara Aishah mendedahkan ada syarikat produksi yang tidak mahu mengambil dirinya berlakon hanya kerana dia tidak bergitu aktif di laman media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.

Ini sememangnya sedang berlaku di industri hiburan tanah air apabila laman media sosial turut menjadi ukuran seseorang artis.

Ini luahan Izara Aishah:

"Ada yang tak terima saya berlakon kerana TAK SELALU UPDATE SOCIAL MEDIA. Baru tau sekarang bakat dan commitment yang sepatutnya diberi sebagai PELAKON dah tak penting.

"Jangan nak kata I don't update. I always update about work. Jarang about my personal life. Hampa mau yang personal tu keeennn . okay rahhhhh.. bagi blajar slow-slow ya. I'm old fashioned I don't really like to pegang phone all the time I got so much to do honestly

Pendedahan Izara Aishah ini membuatkan para followernya kecewa kerana merasakan bakat Izara amat hebat dan rugi kerana dia jarang keluar TV.

Peminatnya memberi reaksi terkejut dengan pendedahan Izara Aishah itu dan menganggap aktif di media sosial sebagai kriteria utama untuk diambil berlakon sebagai sesuatu yang amat mengarut.

Tetapi ada juga yang mencadangkan pihak produksi berbuat demikian untuk mendapatkan publisiti percuma jika Izara Aishah berlakon dalam drama atau filem mereka — kedekut duit untuk promosi?

Ini antara respon para followernya:

"Antara logik kenapa diorg tak nak ambil adalah sebab diorang nak buat advertising free. Bila pelakon tu ramai followers. Dia update secara tak langsung dah buat marketing."

"Aku rasa mungkin sebab socmed sekarang platform untuk promosi filem atau drama tu"

"Mungkin sebab Izara jarag promote drama dia orang. Sebab tu dorang tak nak bagi job, sebab Izara kurang berinteraksi dengan peminat. Kadang-kadang tertunggu tunggu drama or filem Izara. Sayang ada bakat dan pakej, tapi jarang keluar TV. Sepatutnya Izara yang berlakon drama 100 episod pukul 6 petang tu"

Itulah komen dari orang ramai tentang hal ini. Ramai mengatakan seeloknya pihak produksi lebih mengutamakan bakat seseorang pelakon itu berbanding hanya melihat sosial media sahaja.

Sumber: Twitter Izara / Rotikaya