"Harap segala urusan nikahi Uqasha Senrose berjalan lancar" - Hefny


Kini bukan lagi rahsia tentang hubungan percintaan antara pengacara Hefny Sahad dan juga selebriti popular Uqasha Senrose.

Sejak dengan terbukanya, mengumumkan hubungan mereka sebagai kekasih, pasangan ini mula menjadi perhatian ramai pihak terutama para peminat.

Mereka berdua juga sudah tidak lagi berselindung menunjukkan kemesraan bersama dan sering dilihat datang berdua dalam beberapa majlis dan event.

Di laman sosial pula, Uqasha Senrose dan Hefny juga sudah kerap memuat naik gambar secara bersama menerusi akaun Instagram masing-masing.

Ramai yang nak tahu, bilakah pasangan ini akan disatukan dengan ikatan yang sah. Akhirnya Hefny tampil mendedahkan status terkini mereka berdua menerusi Utusan Malaysia.

Khabarnya, menurut perancangan, Hefny Sahad dan Uqasha Senrose bakal menamatkan zaman bujang mereka pada hujung tahun depan iaitu tahun 2018.

Hefny menambah, dia telahpun mendapatkan restu daripada kedua-dua belah keluarga dan merancang untuk melamar Uqasha tidak lama lagi.

Ini pendedahan Hefny:

"Kami sudah berbincang tentang itu (berkahwin). InsyaAllah jika tak ada halangan dan dengan rezeki Allah SWT untuk mempermudahkan segala-galanya.

"Saya berharap agar urusan membina masjid bersama Uqasha ini berjalan lancar seperti dirancang bersama pada hujung tahun depan.

"Saya memang mahu memperisterikan dia dalam waktu segera tetapi kami perlukan masa untuk membuat persiapan"

Pengacara Muzik-Muzik itu menyatakan dia perlu mempersiapkan dirinya sebelum menamatkan zaman bujang dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami kepada Uqasha Senrose.

Ini komen Hefny:

"Persediaan dari segi persediaan mental, mengukuhkan kewangan sedia ada dan mendalami lagi ilmu agama dalam diri sendiri, sebelum saya menjadi ketua keluarga itu sangat penting,"

Hefny juga berjanji akan berkongsi sekiranya majlis pernikahan antara dirinya dan Uqasha akan berlangsung dan tidak akan merahsiakannya.

Kata Hefny, dia dan Uqasha bersetuju untuk memilih untuk bersikap terbuka tentang hubungan istimewa mereka supaya tiada salah faham yang akan timbul pada masa akan datang.

"Yang perlu dirahsiakan di sini adalah majlis pertuna­ngan, bukannya majlis pernikahan. Sebab utamanya terlalu banyak cabaran untuk orang bertunang maka ia dibolehkan untuk dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain. Pun begitu, semuanya terpulang kepada individu berkenaan

"Saya memilih untuk kongsi kepada umum apabila sampai masa, itu janji saya. Benda yang baik, takkanlah saya nak berahsia asalkan kita tidak langgar undang-undang dan norma masyarakat orang Melayu,"

Hefny dan Uqasha mula mengenal hati budi masing-masing sejak setahun yang lalu. Kini pasangan ini mula serius dalam perhubungan mereka dan mengambil pendekatan mendedahkan hubungan percintaan kepada umum.

Sememangnya kedua-dua peminat pasangan ini tidak sabar untuk melihat mereka disatukan.

Hefny mula terlibat dalam industri hiburan setelah menjadi naib johan rancangan On Air terbitan Astro. Uqasha pula popular menerusi lakonannya dalam beberapa drama dan merupakan kakak kepada Nelydia Senrose.

Sumber: Utusan