"Nasib baik selamat sempat ke hospital kalau tidak..." - Shuib


PUNCA SITI SARAH DIKEJARKAN KE HOSPITAL

Pelawak popular dari kumpulan Sepahtu, Shuib telah meluahkan apa sebenarnya yang berlaku pada hari ini.

Kata Shuib, isterinya  iaitu Siti Sarah Raisuddin terpaksa dikejarkan ke hospital pada malam Selasa.

Punca kejadian cemas ini berlaku adalah disebabkan tekanan darah Siti Sarah menjadi rendah secara tiba-tiba.

Shuib Sepahtu berkata keadaan Siti Sarah pada waktu itu amat membimbangkan namun semakin pulih pada pagi tadi apabila mendapat rawatan di hospital.

Ini kenyataan dari Shuib Sepahtu:

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada yang mendoakan Sarah. Alhamdulillah, walaupun malam tadi keadaan dia amat membimbangkan, tapi pagi ini dah okey.

"Nasib baik selamat sempat ke hospital kalau tidak.... (tak tahulah apa akan jadi). Malam tadi, tekanan darah dia turun habis dan amat membimbangkan,"

Keadaan Siti Sarah pada malam tadi digelar hypotension. Ia sangat membimbangkan sehingga Siti Sarah terpaksa di bawa ke hospital menaiki ambulan. Shuib telah berkongsi video ketika isterinya menaiki ambulans dan memohon orang ramai mendoakannya.

Kemudiannya,  Shuib telah memuat naik gambar Siti Sarah ketika di zon merah kecemasan dengan memakai mask.

Sekali lagi, Shuib meminta para peminatnya untuk mendoakan isterinya itu supaya cepat sembuh.

SHUIB UNDUR DIRI DARI KONTI SEPAHTU SINAR FM

Hari ini sebenarnya merupakan hari terakhir Shuib bertugas sebagai penyampai radio di stesen Sinar FM.

Bagaimanapun, Shuib tidak dapat berada di konti Sepahtu Sinar disebabkan perlu menjaga isterinya yang sedang sakit dan sedang mendapat rawatan di hospital.

Shuib telah menjelaskan bahawa keputusan untuk mengundurkan diri dari konti radio Sinar FM dibuat kerana atas tuntutan kerja lain dan masa yang tidak mengizinkan.

Walaupun sudah tidak lagi bersama Sepahtu Sinar, Shuib berharap peminat terus menyokong rakannya yang lain di segmen tersebut yang menampilkan Rahim dan juga Jep.


Ini komen Shuib:

"Sebenarnya hari ini lain daripada yang lain. Pasal saya, hari terakhir di Sepahtu Sinar. Berat hati tapi kita kena buat keputusan.

"Hari ini patut saya ada lagi di konti, dah rancang macam-macam tapi itu lah, tak tahu pula jadi macam ini.

"Keputusan ini dibuat atas tuntutan kerja lain dan masa. Mohon maaf sangat kepada anda semua sebab tak boleh bersama Sepahtu Sinar lagi,"

Setelah ketiadaan Shuib, segmen Sepahtu Sianr akan diterajui oleh Jep dan Rahim bermula dari pukul 6 hingga 10 pagi sepanjang lima hari bekerja.


Sumber: mStar