Nabila Huda Kena Campak, Kena Dera Mental Emosi
Pelakon popular Nabila Huda telah dicampak! Itulah yang berlaku apabila Nabila huda mahu membuat aksi atau stunt sendiri.
Nabila Huda tampil sebagai watak wartawan bernama Wan Suraya dalam filem yang dijangka akan meletop iaitu Tombiruo: Penunggu Rimba.
Dia mengatakan apabila membuat aksi sendiri, ianya lebih mendatangkan kepuasan.
Anak Amy Seacrh ini berkata dia telah menimba pengalaman berharga sepanjang tempoh penggambaran.
Ini komen Nabila Huda:
PRODUKSI TERBAIK
“Bagi saya ini adalah team produksi yang paling sistematik. Jadualnya teratur dan pelakon tidak perlu bazir masa menunggu di set. Penggambaran juga bermula mengikut jadual dan pengarah tahu apa yang mereka lakukan,”
WATAK WAN SURAYA
“Karakter Wan Suraya ini tidak sukar tapi bagi saya ia berat sebab antara penggerak jalan cerita yang merungkai persoalan di awal filem.
“Untuk karakter wartawan penyiaran, saya banyak merujuk cara rakan media menemu ramah dan lihat cara mereka bekerja di TV.
“Bagi saya babak paling sukar adalah babak akhir di mana kami perlu berada dalam hujan dan penggambaran bermula dari pagi.
“Jadi disebabkan malas nak tunggu basah dek air dari pili bomba, saya sanggup turun ke sungai untuk basahkan diri di awal pagi. Memang menggigil juga tapi lagi puas,”
KENA CAMPAK, BUAT STUNT SENDIRI
“Mereka tanya saya sama ada nak pakai stunt atau nak buat sendiri. Lagipun mereka dah pakaikan saya dengan padding dan asas keselamatan, jadi tidaklah sampai cedera,”
Selain Nabila, Tombiruo: Penunggu Rimba yang akan menemui penonton pada 12 Oktober depan membariskan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Datuk M Nasir, Faizal Hussien dan Farid Kamil.
........................................................................
DERA MENTAL EMOSI
Satu lagi kisah tentang Nabila Huda ialah pengalamannya mendaki gunung di Nepal baru-baru ini.
Nabila Huda telah menawan Gunung Annapurna, Nepal awal September lalu.
Jelas Nabila, dia sendiri tidak pasti mengapa dia meletakkan misi memanjat gunung itu sebagai salah satu impiannya apatah lagi tidak pernah melakukan aktiviti pendakian sebelum ini.
Namun Nabila tidak menyangka misi itu sebenarnya tidak semudah disangka sehingga membuatkan dia hampir berputus asa.
Ini komen Nabila Huda
“Perjalanan dan pendakian tanpa bayaran tapi saya bertuah sebab ada volunteer merakam pendakian saya sebagai kenangan.
“Lucunya sebelum memulakan pendakian saya tidak sempat berlatih sebab sibuk dengan penggambaran Dendam Aurora.
“Pendakian saya pada ketika itu lebih kepada sesi mencabar diri dan pengalaman untuk diri sendiri,” ujarnya.
“Cabaran-cabaran yang terpaksa saya lalui membuatkan saya rasa terdera dari segi mental dan emosi. Ada ketika saya rasa berputus asa.
“Malah saya pernah menghubungi suami saya dan memohon maaf serta meminta dia menjaga anak saya sebaik mungkin.
“Tapi Alhamdulillah dengan sokongan padu banyak pihak, saya akhirnya dapat selesaikan pendakian dan saya tak pasti lagi akan meneruskan pendakian lagi selepas ini,”
Sumber: Sinar Harian