"Memang Salah Saya.." - Rupanya Kamal Adli Kantoi Balas Mesej Perempuan Lain
Umum mengetahui hubungan pasangan popular Emma Maembong dan Kamal Adli ada sedikit msalah baru-baru ini.
Ada yang mendakwa hubungan mereka berdua dikatakan ibarat retak menanti belah sekarang ini semenjak Emma maembong memuatnaik status di Instagram miliknya yang seperti sedih, kecewa, dan menceritakan seperti dirinya ditipu.
Ramai follower dan peminat yang tertanya tanya kenapa tiba-tiba ada maaslah, sebelum ini hubungan pasangan ini macam okey sahaja.
Rupa-rupanya, melalui laporan dari SURIA, hubungan mereka dikatakan mula bermasalah apabila Kamal Adli dikatakan kantoi saling berbalas mesej dengan pelakon yang bergandingan dengannya dalam sebuah drama.
Kamal Adli sewaktu ditemui di sidang media Anugerah Skrin 2017 berkata, dia telah cuba menyelesaikan masalahnya dengan Emma Maembong.
Pelakon kacak ini turut akui kesalahan dirinya namun perkara itu bukan seperti apa yang difikirkan oleh Emma ataupun kebanyakan pihak.
Ini komen Kamal Adli:
“Pusing-pusing balik memang salah Kamal walaupun perkara ini tidak berkait dengan isu curang. Sumpah demi Allah bukan isu curang. Semuanya salah faham”
“Saya menerima Emma sebagai Fatimah Rohani (nama sebenar Emma) bukannya Emma Maembong yang orang semua kenali. Saya sudah penat menghabiskan 14 tahun dengan alam percintaan (merujuk kepada hubungan terdahulu bersama bekas kekasih)”
Tambah Kamal Adli lagi, dia amat mencintai Emma Maembong kerana sudah bersamanya sewaktu dalam waktu susah dan juga senang.
Dalam usaha untuk memujuk Emma Maembong, Kamal Adli telah mencuba pelbagai macam cara sehinggakan dia sanggup terbang ke Sabah semata-mata mahu bertemu kekasih ahtinya itu untuk memujuknya.
Ini pendedahan Kamal:
“Kalau nak Kamal pujuk, Kamal akan pujuk cuma Kamal minta supaya janganlah Emma pergi dari hubungan ini”,
Baguslah Kamal Adli akui kesilapan apatah lagi sanggup buat macam macam untuk memenangi hati Emma Maembong semula.
Semoga hubungan mereka berdua baik-baik sahaja. Ramai peminat dah suka dengan hubungan mereka ini.