Sharnaaz Mengaku Salah Tumbuk Pekerja Kelab Golf.. Didenda Mahkamah

Sharnaaz Mengaku Salah Tumbuk Pekerja Kelab Golf.. Didenda Mahkamah


Pelakon popular Sharnaaz Ahmad didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Ini kerana Sharnaaz Ahmad mengaku salah menumbuk muka seorang pekerja kelab golf.

Sharnaaz Ahmad diperintah menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret selepas Sharnaaz akhirnya mengaku bersalah sengaja mendatangkan kecederaan dengan menumbuk muka lelaki bernama Gous Ali.

Kesalahan itu dilakukan di Level 1, TPC KL di Kuala Lumpur Golf Country Club,(KLGCC) Taman Tun Dr Ismail, dekat sini jam 5.30 petang pada 22 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Farah Adila Noordin mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sharnaaz, melalui peguamnya telah merayu memberi hukuman ringan atas alasan telah insaf dan telahpun  memohon maaf kepada pekerja yang ditumbuk itu.

Suami kepada kakak Neelofa, Noor Nabila hadir sendirian ke mahkamah kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Sumber: Sinar Harian