Kesan Buruk Air Berklorin Pada Tubuh Manusia

Seorang pakar dermatologi yang juga pengarah Onkodermatologi daripada Pusat Sains Perubatan dan Kesihatan George Washington, Amerika Syarikat mengingatkan orang ramai tentang bahaya air yang mengandungi klorin seperti di kolam renang. Menurut Prof. Debra Jaliman, air yang digunakan di kolam renang selalunya akan dicampur dengan klorin untuk membunuh bakteria supaya ia selamat digunakan.