Ini Komen Siti Nurhaliza, Memang Teruk Siti Nordiana Dikritik Pedas

Teruk Siti Nordiana Dikritik Pedas, Ini Kenyataan Dari Siti Nurhaliza


Penyanyi popular, Siti Nordiana telah menyanyikan dua lagu milik Datuk Siti Nurhaliza pada malam penutup Sukan SEA 2017 (SEA2017).

Apabila juara Gegar Vaganza ini menyanyikan lagu Siti Nurhaliza memang teruk dia dikritik oleh orang ramai.

Siti Nordiana dikritik oleh orang ramai kerana dikatakan dia tidak sesuai menyanyikan lagu milik Siti Nurhaliza malah nyanyiannya pada malam itu tidak mencapai standard yang sepatutnya.

Apabila Siti Nordiana yang lebih mesra disapa Nana ini teruk dikritik, Siti Nurhaliza sendiri tampil memberi komen tentang hal ini.

Siti Nurhaliza menerusi kenyataan kepada portal hiburan mStar Online meminta agar Siti Nordiana tidak mempedulikan kata-kata negatif dilemparkan oleh netizen.

Ini adalah kerana bagi Siti Nurhaliza sendiri, penyanyi itu telah memberikan persembahan yang terbaik menerusi lagu Cindai dan Lebih Indah miliknya.

Ini komen Siti Nurhaliza:

"Saya memuji usaha Nana menyampaikan dua buah lagu saya sewaktu acara penutup Sukan SEA pada malam Rabu lalu.


"Saya berharap agar Nana tidak mempedulikan apa yang dikatakan netizen kerana saya yakin, Nana sudah melakukan yang terbaik.


"Jika kita mahu mendengar kecaman dan kata-kata netizen, kita akan lemah dan terus lemah dan saya memahami tanggungjawab yang digalas oleh Nana dan saya berterima kasih kepada beliau,"


Sementara itu, Siti Nurhaliza berkata, dia juga ada meminta kelab peminatnya Sitizone agar memberikan sokongan dan semangat kepada Nana malah mereka memberikan sokongan kepadanya.

Malahan, Siti Nurhaliza sendiri ada mengirimkan kata-kata semangat kepada Nana di Instagram sebelum acara penutup itu berlangsung.

Ini komen Siti:

"Saya sendiri di dalam laman Sitizone juga mengajak para peminat saya memberikan sokongan dan semangat kepada Nana.

"Mereka juga berterima kasih kepada Nana kerana sudi menyanyikan lagu Cindai dan Lebih Indah,"


"Saya tidak ada masalah mengenainya kerana saya yakin pasti ada kelebihan pada Nana dan penganjur atau pengarah muzik memilih beliau untuk menyampaikan lagu-lagu saya.


"Apabila beliau bersetuju dan bersedia menyanyikan lagu saya, beliau sudah menunaikan yang terbaik dari diri Nana,"


Sumber: mStar