Ini Komen Erra Fazira Apabila Laudya Cynthia Bella Bakal Nikahi Bekas Suaminya, Engku Emran

Ini Komen Erra Fazira Apabila Laudya Cynthia Bella Bakal Nikahi Bekas Suaminya, Engku Emran



Tidak lama lagi, Engku Emran bakal bernikah dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Semalam telah diadakan majlis doa selamat di kediaman Laudya Cynthia Bella menandakan majlis pernikahan pasangan ini semakin dekat.

~Lihat koleksi foto majlis doa selamat itu ( DI SINI )

Untuk yang tidak tahu, Engku Emran merupakan bekas suami kepada pelakon popular Erra Fazira dan mempunyai seorang anak dalam perkahwinan mereka bernama Aleesya.

Apabila Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella akan bernikah, ramai yang tahu apa pandangan dari bekas isterinya iaitu Erra Fazira.

Melalui portal Harian Metro, Erra Fazira telah tampil memberi komen tentang perkembangan terkini bekas suaminya itu.

Ternyata Erra Fazira telah meluahkan rasa gembira  dengan berita pernikahan mereka sekaligus anak mereka, Aleesya akan mempunyai ibu baru.

Ini komen Erra Fazira:

"Seikhlasnya saya sangat gembira buat pasangan ini. 

"Saya bersyukur dan lapang dada apabila pertama kali Emran memperkenalkan bakal isterinya. 

"Saya lihat Bella seorang yang sangat mudah didekati dan lemah lembut"

"Saya paling senang dan bersyukur kerana Aleesya turut gembira dan bahagia dengan kehadiran Bella. 


"Semoga penyatuan ini dilimpahi dengan kasih sayang dan keberkatan Allah. Saya doakan mereka bahagia bersama hingga ke jannah. Amin,”

Memang bagus komen dari Erra Fazira ini, amat matang.

Erra Fazira dilihat memuji kelembutan yang ada pada Bella.

Erra juga meluahkan rasa syukur kerana anaknya menerima Bella dengan baik sekali.

Sumber: Harian Metro