Dikatakan Minum "Air Kencing Syaitan" Di Pusat Hiburan, Penyanyi Syamel Jadi Tumpuan

Dakwaan Minum "Air Kencing Syaitan" Di Pusat Hiburan, Penyanyi Syamel Jadi Tumpuan  


Nama penyanyi Syamel menjadi buah mulut apabila dia dikatakan berkunjung ke pusat hiburan dan mengambil minuman keras.

Namun Syamel tempil memberi kenyataan dan telah menafikannya.

Syamel memberitahu dia memang ada datang ke pusat hiburan namun bersebab. Syamel mengunjungi pusat hiburan bukanlah untuk berseronok semata-mata, sebaliknya atas tuntutan kerja.

Ini komen Syamel:

"Sebelum menjadi artis saya adalah penyanyi jalanan yang mana sering mengadakan persembahan di sekitar Bukit Bintang, Dataran Merdeka dan hadapan pusat membeli belah Sogo. Malah saya juga sering mendapat undangan untuk menyanyi di pusat hiburan.

"Sekiranya saya juga ke pusat hiburan, ia adalah untuk mendengar persembahan live band iaitu perkara yang sudah pun saya lakukan sebelum bergelar artis. Kebanyakan pusat hiburan juga menempatkan banyak restoran.

"Malah kehadirannya saya ke pusat hiburan juga disebabkan undangan menghadiri majlis sidang media ataupun acara yang diadakan di sana. Jadi saya menafikan mengambil minuman keras dan berada dalam keadaan mabuk,"

"Saya rasa mereka hanya melihat tajuk berita tanpa membaca keseluruhan cerita sedangkan saya sudah jelaskan isu berkenaan. Bagi saya, satu kerugian pada mereka kerana mereka hanya menilai dari segi luaran,"


"Saya masih tahu batasan agama dan tidak sesekali melakukan perkara yang merosakkan reputasi diri dan karier seni," 

Walaupun kesal dengan dakwaan tersebut, Syamel bersyukur kontroversi itu langsung tidak mencalarkan imej atau menggugat perjalanan karier nyanyiannya.

Itulah penjelasan dari pihak Syamel tentang isu ini.

Sumber: BH