5 Tahun Kahwin Dengan Datuk Ramli MS Masih Belum Dapat Anak, Ini Luahan Alyah
Alyah akui tidak pernah berputus asa untuk terus berdoa agar memiliki anak kandung sendiri.
Kini sudah lima tahun Alyah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ramli MS, dan rumah tangga mereka kini bahagia.
Penyanyi ini tidak menafikan mereka sememangnya teringin untuk menimang cahaya mata seperti pasangan suami isteri lain.
Alyah mengatakan ada yang menawarkan anak angkat, namun enggan menerimanya kerana khuatir sekiranya gagal menjaga kebajikan mereka dengan baik.
Ini komen Alyah:
"Alhamdulillah, rumah tangga kami bahagia dan semuanya berjalan lancar.
"Saya tidak pernah putus berdoa kepada Allah agar dikurniakan zuriat sendiri dan saya percaya Allah adalah perancang terbaik.
"Mungkin belum rezeki kami lagi,"
"Ramai yang ingin berikan kami anak angkat tetapi saya mahu ada anak daripada darah daging sendiri.
"Dua anak angkat saya juga sudah besar dan tinggal di asrama.
"Saya tidak mahu menerima anak angkat buat masa sekarang kerana jadual kami sangat sibuk. Risau mereka terabai,"
Sumber: Astro Gempak