Kisah Pemuda Yang Masuk Syurga Kerana Tidak Menyakiti Perasaan Orang Lain
Ada satu kisah tentang tingkah laku seorang pemuda yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai bakal penghuni syurga. Kisahnya sangat menakjubkan untuk dijadikan iktibar buat kita semua. Diriwayatkan dari Anas bin Malik, ketika para sahabat selesai menunaikan solat bersama Nabi, tiba-tiba baginda bersabda, "Sebentar lagi akan datang seorang lelaki yang bakal menjadi penghuni syurga."