'Gangnam Style' Bukan Lagi Nombor 1, Despacito Lagu Fenomena
Video muzik ‘Gangnam Style’ yang mencetuskan fenomena menari di peringkat global dan viral hingga hampir ‘memecahkan’ YouTube akhirnya disingkirkan daripada puncak video paling banyak ditonton. Selepas empat setengah tahun menjadi video YouTube paling banyak ditonton, ‘Gangnam Style’ akhirnya jatuh ke tangga kedua digantikan oleh ‘See You Again’, persembahan Wiz Khalifa dan Charlie Puth.