"Anak Sendiri Mana, Langsung Tak Balik!" - Anak Buah Tampil Hentam Chef Wan
Apabila raya menjelma, sudah tentu saudara mara akan bertemu dan saling menziarahi.
Dan ketika raya juga banyak persiapan yang akan dibuat untuk menerima kunjungan tetamu.
Pada tahun lalu, kerana berang ada anak buah yang pemalas, Chef Wan telah menghentam secara terbuka saudaranya sendiri.
Pada tahun ini, sekali lagi Chef Wan ada menegur tentang ahli keluarganya yang tidak membantu membuat persiapan hari raya.
Apabila Chef Wan kerap menegur, seorang wanita bernama Soffia yang dikatakan salah seorang anak buah Chef Wan tampil membalas kenyataan Chef Wan.
Soffia menceritakan pengalamannya sendiri kerana dia salah seorang yang selalu membantu membuat persiapan.
Tambah Soffia segalanya berubah apabila dia sudah berkahwin dan mempunyai trend raya yang lain serta mempunyai priorities yang lain.
Soffia juga menyatakan respect kepada sepupu-sepupunya yang masih membantu mengemas rumah kampung.
Selain itu, Soffia membuat pendedahan kecewa kerana Chef Wan sering menceritakan kisah keluarga secara terbuka.
Soffia juga mempersoalkan dimanakah anak lelaki Chef Wan yang langsung tidak balik raya dan tidak membantu membuat mengemas rumah.
Ini komen penuh Soffia: