Ukiran Inai Henna ‘Dreamcatcher’ Dilarang Untuk Umat Islam

Wanita Islam yang gemar berhias dengan lukisan henna atau inai perlu berhati-hati memilih corak sesuai kerana terdapat ukiran melambangkan kepercayaan agama lain yang boleh merosakkan akidah seperti ‘Dreamcatcher’. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ukiran yang boleh menimbulkan kekeliruan kerana mempunyai ciri persamaan dengan kepercayaan agama lain, perlu dielakkan.