Ritual Berjalan Atas Serpihan Kaca, 'The Crystals of Love' Simbol Cinta Sejati

Majlis perkahwinan walau di mana sahaja pun akan disambut dengan meriah memandangkan ia merupakan satu hari yang bersejarah buat pasangan pengantin lelaki dan perempuan. Bagi mencipta satu ritual baharu yang akan diingati semasa majlis perkahwinan, sebuah syarikat perunding perkahwinan, Wedding Glass memperkenalkan ritual berjalan kaki di atas serpihan kaca semasa majlis perkahwinan.