Punca Sebenar Rita Rudaini Tak Bawa Anak Ke Bazar Ramadhan
Rita Rudaini mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan dengan Aidil Zafuan.
Pelakon ini memberitahu dia teringin membawa kedua-dua anaknya ke bazar Ramadan namun tidak dapat berbuat demikian.
Kata Rita Rudaini, dia ada sebab tersendiri kenapa tidak membawa anaknya ke bazar Ramadhan.
Ini komennya:
"Saya teringin nak bawa anak-anak ke bazar bagi memperkenalkan mereka salah satu keseronokan bulan Ramadan di mana pelbagai makanan dijual di satu tempat yang sama.
"Mereka tidak pernah ada pengalaman itu, bukan kerana saya tidak mahu bawa tetapi bimbang keselamatan memandangkan bazar ramai orang dan saya tiada pembantu untuk mengawal pergerakan mereka.
"Mungkin jika mereka sudah besar sikit baru saya berani bawa mereka,"
Pelakon popular ini akui faktor keselamatan menjadi punca dia tidak membawa anaknya ke bazar Ramadhan.
Ketika bulan Ramadhan, Rita Rudaini memang menolak sebarang tawaran pada bulan Ramadan kerana ingin memberi fokus kepada keluarga selain memasak sendiri juadah berbuka puasa untuk anak-anaknya.
Rita menambah, kedua anaknya itu berpuasa dengan baik pada tahun ini.