"Mereka Kejam, Saya Mahu Tatap Wajah Suspek, Biar Mereka Lihat Kemarahan Saya.." - Ibu Zulfarhan

"Mereka Kejam, Saya Mahu Tatap Wajah Suspek, Biar Mereka Lihat Kemarahan Saya.." - Ibu Zulfarhan



Ibu kepada mangsa dera, Zulfarhan mahu menatap sendiri wajah kesemua suspek yang dituduh membunuh anaknya di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Hawa Osman mahu suspek itu melihatnya yang sedang marah dan geram dengan mereka semua yang dilabelnya sebagai kejam.

Ini komen Hawa, ibu Zulfarhan:

“Saya mahu menatap wajah mereka dan membiarkan mereka melihat kemarahan dan kegeraman saya terhadap mereka.

“Sampai hati mereka mendera anak saya hingga sedemikian rupa. Apakah mereka ini bukan manusia dan tiada perasaan simpati?

“Apakah punca kejadian ini hingga arwah diperlakukan sedemikian rupa, didera dengan penuh kejam?” 


“Mereka tidak rasa apa-apakah ketika menyeksa anak saya sedemikian rupa?”

“Mereka kejam, saya harap pihak berkuasa kekal mendakwa mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.”

“Mereka kejam, tidak berhati perut dan membiarkan arwah kesakitan akibat perbuatan mereka,”


Semalam lima pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dituduh membunuh Zulfarhan.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Serdang dengan kesan melecur yang amat teruk di dada, tangan dan kaki.

Kecedaraan dipercayai akibat badan mangsa didera dan ditekap seterika wap.

Zulfarhan dikatakan cedera parah dengan 80 peratus kesan melecur tahap dua dan tiga di hampir keseluruhan depan dan belakang badan anaknya.

Hawa berharap dan mahu pembelaan sewajarnya terhadap kematian anak sulungnya itu dan berharap tertuduh menerima hukuman setimpal.

Sumber: Malay Mail Online