Beg Tangan Hermes Paling Mahal Di Dunia Berharga RM1.62 juta
Beg tangan Hermes diperbuat daripada kulit buaya dengan hiasan emas putih mencatatkan rekod beg tangan paling mahal selepas dijual pada harga HK$2.94 juta (RM1.62 juta) di lelongan di Hong Kong. Jurucakap rumah lelongan, Christie’s berkata, beg Himalaya Niloticus Crocodile Diamond Birkin 30 dijual kepada pelanggan tidak mahu dikenali menerusi bidaan telefon. Jumlah ini memecahkan rekod