Badan Tak Ramping Macam Dulu, Adira Hanya Pasrah Andai Dato Red Berubah Hati

Badan Tak Ramping Macam Dulu, Adira Hanya Pasrah Andai Dato Red Berubah



Penyanyi Adira kini mempunyai seorang anak hasil perkahwinan dengan usahawan Dato Red.

Untuk pengetahuan, Adira melahirkan anak pertama diberi nama Anggerik pada bulan 3 yang lalu dan ini juga anak keenam buat suaminya.

Melalui laporan dari Malay Mail Online, penyanyi popular ini hanya mampu pasrah andai penampilannya selepas bersalin kurang disenangi suami, Datuk Seri Adnan Abu.

Walaupun berat badannya sudah menyusut 25kg, tetapi memang sukar untuk kembali dapat bentuk badan ramping macam sebelum berkahwin dan mengandung.

Ini komennya:

“Harapan tinggal harapan kalau nak ke 42kg semula seperti dulu.

“Bila melahirkan anak, saiz badan semakin membesar dan tidak akan kembali seperti dahulu.

“Saya terima saja berapa berat yang saya mampu dapatkan,”


Ditanya jika suaminya iaitu Dato Seri Adnan atau Dato Red akan berubah hati ekoran penampilannya kini, Adirahanya berserah kepada tuhan.

Ini komennya:

“Itu susah mahu cakap. Itu semua kerja Tuhan.”

Ditanya perasaan Dato Red selepas kelahiran Anggerik, Adira berkata suaminya amat menyayangi kesemua anaknya.

Ini komen Adira:

“Saya pun tidak tahu perasaan dia kerana ini bukan pertama. Ini anak keenamnya. Dia macam biasa saja.

“Datuk Red ini sangat sayangkan anak-anaknya. Dia tidak beza-bezakan. Walaupun yang kecil baru dilahirkan, kasih sayang beliau tetap sama.

“Tiada yang berbeza dengan yang di sana dan di sini. Secara jujur kami tiada masalah. Kami baik-baik saja,”


Apaun semoga baik-baik dan bahagia buat Adira dan suami, Dato Red.