Tertekan Dengan Isu Masalah Rumah Tangga Goyah, Kini Ezlynn Jatuh Sakit

Tertekan Dengan Isu Masalah Rumah Tangga Goyah, Kini Ezlynn Jatuh Sakit


Penyanyi terkenal, Ezlynn kini sedang dirawat di hospital kerana jatuh sakit.

Akibat demam yang teruk, Ezlynn menjalani pemeriksaan rapi dan doktor telah mengesahkan dia dijangkiti demam virus.

Tambah Ezlynn, badannya menjadi tidak bermaya setelah pulang mendaki Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia bersama rakan-rakannya.

Ditambah dengan kisah peribadi kegoyahan rumah tangga, dia menjadi lebih tertekan dan akhirnya jatuh sakit.

Ini komennya:

KISAH DEMAM VIRUS

“Sehari sebelum itu, badan saya rasa lemah dan demam. Memandangkan saya alah dengan ubat penahan sakit, jadi saya tak berani ambil. Bila sudah tak terdaya, saya minta kakak hantarkan saya ke hospital.

“Di hospital, doktor buat pemeriksaan dan mendapati saya dijangkiti demam virus dan pada waktu yang sama asma saya datang balik. Sejak pagi semalam, sudah lima botol air dimasukkan ke dalam badan saya. Tak pasti pula bila boleh keluar,”

“Tiga daripada rakan yang pergi ke Lombok sebelum ini sudah demam dan mungkin ini waktu saya pula. Bila sudah masuk wad ni, pelbagai penyakit pula dikesan. Ditambah pula dengan cerita yang saya tak jangka ini, jadi selain badan lemah, fikirannya tertekan.

KISAH PERIBADI, MASALAH RUMAH TANGGA

"Setakat ini saya tidak akan memberi sebarang komen tentang perkara itu. Apa-apa tanya pengurus saya, Poji Samad. Saya tak mahu bercerita tentang peribadi kerana itu bukan perkara yang elok untuk diuar-uarkan,” 

"Saya tidak mahu komen tentang itu, ia akan buat saya lebih tertekan. 

"Saya mahu fokus kepada kesihatan saya dahulu. Apa-apa boleh hubungi pengurus saya untuk yang lain. 

"Saya harap awak dapat memahami keadaan saya," 

"Kalah juga akhirnya, tak sangka, my body and my mind terperanjat, too stressful with what happened last night.

"Thanks atas doa semua dan kekuatan yang diberikan. InsyaAllah semuanyer akan okey

Ezlynn dan suami, Adam Fahmy mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata.