Sampai Sanggup Belakangi Keluarga, Elizabeth Tan Akui Kekasihnya Berlaku Curang

Sampai Sanggup Belakangi Keluarga, Elizabeth Tan Akui Kekasihnya Berlaku Curang



Elizabeth Tan merupakan seornag penyanyi yang cantik jelita.

Mesra dengan panggilan Lizzie, penyanyi ini akui telah putus cinta dengan seorang ahli perniagaan.

Tambahnya lagi, punca dia dan kekasih putusa cinta adalah kerana kehadiran orang ketiga.

Elizabeth Tan telah bertindak mengakhiri hubungan itu selepas mendapat tahu teman lelakinya itu berlaku curang dan mempunyai hubungan dengan orang lain.

Seorang pelakon yang juga rakan Elizabeth Tan dikatakan sebagai punca keretakan hubungan cinta Lizzie.

Ini komennya:

"Memang benar kami berpisah kerana kehadiran orang ketiga apabila dia mempunyai hubungan dengan bekas teman wanitanya.

"Percintaan kami selama empat bulan itu berakhir dengan perpisahan sejak bulan lalu,"



Yang lebih memilukan, Elizabeth Tan akui sepanjang bercinta dengan ahli perniagaan itu, dia sanggup membelakangkan keluarganya.

Baginya, perkara itu telah menjadi pengajaran berharga buatnya agar lebih berhati-hati dalam percintaan.


Ini komennya:

"Kerana dia saya sanggup mengenepikan keluarga tetapi ini adalah pengajaran buat saya dan syukur hubungan dengan keluarga pun kembali pulih.

"Apa yang saya lalui banyak mematangkan diri saya dan lebih baik saya tahu mengenainya sekarang daripada kemudian hari,"


Semoga Elizabeth Tan dapat mencari teman lelaki yang secocok.