"Ramai Tuduh Dia Kahwin Kerana Duit.." Rosnah Mat Aris Dedah Hubungan Dengan Suami Mudanya

"Dulu Ramai Tuduh Dia Kahwin Kerana Duit.." Rosnah Mat Aris Sedang Bahagia Dengan Suami Mudanya


Pelakon berpengalaman, Rosnah Mat Aris kini sedang bahagia bersama suami yang 26 tahun lagi muda darinya.

Rosnah Mat Aris kini berumur 62 tahun manakala suaminya Tajul berumur 36 tahun dan mereka sudah bernikah hampir 10 tahun.

Rosnah Mat Mat Aris bersyukur kerana perkahwinannya sudah hampir sedekad apatah lagi pada mulanya ramai mengtakan suaminya itu berkahwin kerana duit.

Ini komen Rosnah Mat Aris:


SYUKUR DAH 10 TAHUN

"Alhamdulillah, saya sangat bahagia. Saya sendiri terkejut kerana pejam celik, pejam celik, tahun ini kami bakal meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-10. 

"Dia sendiri ada menyatakan, apabila jodoh kami dipanjangkan Tuhan, ia bermakna satu kemenangan buat dirinya.

"Sepanjang kami mendirikan rumah tangga, dia tidak pernah menyakitkan hati saya ataupun berlaku curang, " 



DITUDUH TAK IKHLAS

"Sebelum ini, ramai yang menuduh dirinya berkahwin dengan saya kerana duit dan mendakwa saya yang menanggung hidupnya. Bagaimanapun selepas saya berjaya membuktikan Tajul tidaklah seburuk yang disangkakan, mereka tidak lagi mempersoalkan keikhlasannya," 



HILANG DUNIA SENI

"Setahun saya mengikut suami menguruskan perniagaannya ke serata Malaysia. Sekarang, saya kembali menetap di Kuala Lumpur dan barulah ada masa untuk berlakon semula,"



Ksibukan Rosnah Mat Aris mengikut suami menguruskan perniagaan di seluruh negara membataskan masanya untuk berada di lokasi penggambaran.