Putera George Kena Marah Dengan Kate Middleton
Putera George telah dimarahi oleh ibunya, Kate Middleton ketika perkahwinan Pippa Middleton.
Perkara ini berlaku kerana Putera George terpijak gaun pengantin Pippa Middleton.
Aksi putera berumur tiga tahun itu sebenarnya telah mencuit hati para hadirin di majlis perkahwinan itu.
Dikatakan, gaun perkahwinan Pippa Middleton itu bernilai 40,000 Pound Sterling (RM225,392).
Apabila dimarahi ibunya, Putera George dilihat merajuk di luar gereja.
Melihat anaknya sebegitu, Kate Middleton terus memujuk anaknya agar ceria kembali.
Pippa mengahwini seorang bilionair, James Matthews di Englefield, Berkshire di United Kingdom pada pagi Sabtu.
Adik kepada George iaitu Puteri Charlotte, 2 tahun, turut mencuri tumpuan apabila menjadi pengapit kepada Pippa.