"Proses Seterusnya Adat, Serahkan Pada Orang Tua.." - Shahir AF Akhirnya Sedia Nikahi Erra Fazira

"Proses Seterusnya Adat, Serahkan Pada Orang Tua.." - Shahir AF Akhirnya Sedia Nikahi Erra Fazira


Juara Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir Zawawi kini semakin suram dan jarang dilihat di media utama.

Apabila nama Shahir timbul, sudah pasti ianya berkaitan dengan gosip percintaan dengan pelakon popular, Erra Fazira.

Shahir mengakui dia dan Erra Fazira kini masih berkawan rapat.

Penyanyi yang berusia 29 tahun ini juga telah  bersedia untuk berkahwin dan menamatkan zaman bujangnya.

Malah, Shahir memberitahu, kini tiada halangan untuk dia ke fasa seterusnya dalam hubungan dengan Erra Fazira.

Walaubagaimanapun, Shahir akui masih belum bertemu dengan ibu kepada Erra Fazira.


Ini komennya:


TENTANG ERRA FAZIRA

"Apa yang boleh saya katakan saya memang serius berkawan dengannya (Erra).

"Langkah seterusnya, Insya-ALLAH, doa-doakanlah semuanya dipermudah dan dipercepatkan. Cuma buat masa ini saya rasa belum manis untuk saya berkongsi.

"Bila sudah tiba masanya saya tidak keberatan untuk berkongsi,"

"Apa yang boleh saya kata proses seterusnya yang berkaitan dengan adat-adat saya serahkan pada orang tua," 


TENTANG KERJAYA

"Saya tahu mungkin ada yang fikir saya main-main atau mungkin ada yang dah hilang kepercayaan kepada saya.

"Tapi apa yang boleh saya katakan kehilangan saya sebelum ini kerana kerja dan tanggungjawab lain. Saya juga tidak mahu susahkan pihak lain andai tidak dapat beri komitmen sepenuh masa.

"Jadi tidak ada kena mengenalah dengan masalah kesihatanlah, keluargalah, merajuklah.

"Insya-ALLAH selepas raya ini saya akan muncul dengan sebuah program TV dan saya juga merancang untuk merakam single baru yang sudah lama tertangguh.

Harap perancangan kali ini dipermudahkan," 


Semoga segala urusan Shahir tentang hbungan dengan Erra Fazira dan juga kerjaya dalam dunia seni dipermudahkan dan sukses selalu.