Nama 'Malacca' Tidak Lagi Digunakan Selepas Ini

Kerajaan Negeri Melaka memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka telah memutuskan nama 'Malacca' yang lazim digunakan dalam Bahasa Inggeris tidak lagi diguna pakai sebaliknya digantikan dengan nama 'Melaka'. Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Naim Abu Bakar berkata sehubungan itu semua akhbar dan media sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris atau lain-lain