"Maafkan Aku" - Rupa-Rupanya Syaiful Zero Dah Buat Ucapan Kemaafan Sebelum Pentas Akhir MLM2017
Pelawak yang semakin popular, Zero telah berjaya mendapat tempat ketiga di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2017.
Salah seorang aggotanya iaitu Syaiful telah membuat satu ucapan yang membuat ramai sayu sebelum pentas final bermula.
Ucapan itu dibuat khas untuk anaknya. Syaiful telah memohon maaf kerana terpaksa bekerja jauh dari anaknya yang baru sahaja menyambut hari jadi yang pertama.
Jom baca ucapan Syaiful:
Assalamualaikum..alhamdulillah..genap setahun sudah anak ku MOHAMMAD SHARIF ISYRAQ..
Semoga menjadi anak yang taat dan hormat pada ibu bapa,keluarga dan orang di sekeliling mu..
Semoga menjadi anak yang soleh dan membawa kebahagiaan kepada keluarga kita..semoga menjadi anak yang boleh membimbing keluarga dan menjadi pemimpin yang baik satu hari nanti..
Hanya doa yang ayah mampu berikan untuk mu wahai anak ku..
Minta maaf kerana di hari penting mu,ayah xdapat meraihkan hari kelahiran mu dan hari perjuangan antara hidup dan mati ibu mu untuk melahirkan mu..
Maafkan ayah sebab x ada di sisi kamu kerana kesibukan kerja..minta maaf sebab kau membesar tanpa ada ayah di sisi mu..kau mengenal dunia tanpa ayah memimpin mu buat seketika..
Kau mengenal lapar dan dahaga tanpa ada ayah untuk menyuap mu..insyaallah nak,rezeki yang ayah dapat skarang ini adalah rezeki yang allah turunkan untuk mu melalui ayah..
Setiap perbuatan sekarang yang ayah buat ini adalah untuk mu anak ku..apa pun yang terjadi malam ini adalah lah ketentuan dan rezeki untuk mu yang datang dari allah..
Selamat ulang tahun yang pertama untuk anak ku MOHAMMAD SHARIF ISYRAQ..
Apapun Syaiful berjauhan untuk mencari rezeki buat anak dan keluarga. Semoga sukses selalu.