Insiden Kuali Meletop Secara Live, Pihak GO SHOP Tampil Dedah Kisah Sebenar

Insiden Kuali Meletop Secara Live, Pihak Go Shop Tampil Dedah Kisah Sebenar



Baru-baru ini kecoh apabila ada video klip menunjukkan kuali yang dijual oleh Go Shop telah meletop dan pecah secara live.

Perkara berkenaan telah mengujutkan ramai dan terus menjadi viral di laman media sosial.

Hal ini mula diperkatakan ramai pihak dan para penonton yang ragu dengan produk dari Go Shop.

Dengan itu, Go Shop telah tampil membuat kenyataan rasmi tentang insiden ini.

Mari baca:

KENYATAAN PERTAMA

Go Shop would like to apologise for an incident during our live show on Saturday. We are pleased to inform that no one was hurt during the product demonstration for the Cuoco Volcanic Rock cookware set. 

The incident was caused by incorrect assembly of the product and the Principal for the product has apologised for the error. While we have been assured that the incident is not due to a product quality issue, we are working with the Principal to identify the root cause to prevent any future recurrence. 

Go Shop has stopped the sale of the product temporarily on our TV channels, website and mobile app. We assure all our loyal customers that we remain committed to ensuring that our customers always come first and the products that we sell are of the highest quality. 

Customers who bought the product may contact us via e-mail at wecare@goshop.com.my or call our 24-hour line 1-800-82-0088.

KENYATAAN KEDUA

Following an investigation, Go Shop would like to announce that the incident which took place during our LIVE show on Cuoco Volcanic Rock Cookware last Saturday 27 May 2017 on Channel 118, was an isolated occurrence. We wish to assure all our loyal customers that the said product is of good quality and is safe to use.

To ensure the added safety and proper use of the Product, we are currently working with the authorized distributor of the Product to provide pre-assembled glass lids for all orders moving forward. In addition, for the benefit of our valued customers, we have also included on ShopAtGoShop Facebook and YouTube pages this instructional video to take customers through the step-by-step guide on proper product assembly.

We apologize again for any inconvenience caused and assure all that we remain committed in providing an exceptional shopping experience at Go Shop.
....................................

Translation Bahasa Malaysia:

Go Shop ingin meminta maaf di atas insiden yang berlaku semasa siaran langsung kami pada hari Sabtu lalu. Kami bersyukur kerana tiada sesiapa yang tercedera semasa demonstrasi produk set alat memasak Cuoco Volcanic Rock. 

Insiden tersebut disebabkan oleh kesilapan pemasangan produk dan “Principal” untuk barangan tersebut telah memohon maaf di atas kesilapan ini. Walaupun kami telah difahamkan bahawa insiden ini tidak disebabkan oleh isu kualiti produk, kami sedang bekerjasama dengan pihak “Principal" untuk menyiasat punca isu ini agar tidak berulang lagi. 

Go Shop telah menghentikan jualan produk tersebut melalui saluran TV, laman web dan aplikasi mudah alih kami untuk sementara waktu. Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan setia kami bahawa kami sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman yang terbaik bila membeli-belah di Go Shop serta memastikan bahawa kami menawarkan hanya barangan yang bermutu tinggi. 

Pelanggan yang telah membeli produk tersebut boleh menghubungi kami menerusi e-mel di wecare@goshop.com.my atau menelefon talian 24-jam kami 1-800-82-0088.
 
Berikutan siasatan, Go Shop ingin mengumumkan bahawa insiden yang berlaku ketika tayangan LIVE kami mempromosikan alat memasak Cuoco Volcanic Rock pada 27 May 2017 di Saluran 118, merupakan kejadian terpencil. Kami ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan setia kami bahawa produk tersebut berkualiti tinggi dan selamat untuk digunakan.

Bagi memastikan keselamatan pelanggan serta penggunaan produk yang betul, kami sedang bekerjasama dengan pengedar produk untuk menyediakan penutup kaca siap dipasang untuk semua pesanan. Di samping itu, untuk manfaat pelanggan kami, kami juga telah menyediakan video tutorial panduan langkah-langkah pemasangan produk yang betul di laman ShopAtGoShop Facebook dan YouTube.

Kami memohon maaf sekali lagi atas sebarang kesulitan yang timbul dan memberi jaminan bahawa kami akan terus beriltizam dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang terbaik di Go Shop.

Itulah kenyataan dan penddahan dari pihak Go Shop sendiri.