Ini Perubahan Paling Ketara Kepada Shaheizy Sam Setelah Dapat Anak Pertama.. Apa Kes??

Ini Perubahan Ketara Kepada Shaheizy Sam Setelah Dapat Anak Pertama


Shaheizy Sam baru sahaja menimag cahaya mata pertamanya apabila Syatilla melvin selamat melahirkan bayi lelaki.

Selepas menjadi bapa, Sam akui kehidupannya telah berubah.

Menurut Sam, dia kini lebih banyak ingin menghabiskan masa untuk bersama keluarga terutama anaknya selepas habis waktu bekerja.

Dia seperti 'angau' untuk menjumpa dengan anaknya.


Ini komennya:

"Alhamdulillah kehidupan saya kini telah berubah kerana sebelum ini cuma berdua bersama isteri namun sekarang ini kami telah bertiga.

"Tidak dinafikan banyak perkara baru yang saya telah pelajari dan perkara itu membuatkan saya menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.

"Saya juga jadi seperti angau selepas mendapat anak ini kerana bila habis waktu kerja saya akan terus pulang awal untuk melihat anak di rumah.

"Perkara ini juga memotivasikan saya untuk bekerja lebih keras kerana saya ingin memberi kehidupan yang sempurna kepada keluarga pada masa depan,"

"Alhamdulillah bayi saya tidak banyak ragam dan dia akan berjaga pada waktu pagi untuk menyusu namun dia tidak akan menangis dan akan termenung sahaja,"


Tahniah buat Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang kini bergelar ibu bapa. Semoga bahagia selalu.