Ini Nasihat Siti Nurhaliza Kepada Artis Yang Menang Anugerah Bintang Popular

Ini Nasihat Siti Nurhaliza Kepada Artis Yang Menang Anugerah Bintang Popular



Di Malaysia hanya ada seorang artis yang pernah menang anugerah utama "Bintang Paling Popular" sebanyak 7 Kali.

Artis tersebut tidak lain tidak bukan ialah Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi bersuara lunak.

Juara AF, Mawi dan pelakon hebat, Shaheizy Sam merupakan artis kedua terbanyak pernah menang "Bintang Paling Popular" iaitu sebanyak 3 kali.

Datuk Siti Nurhaliza telah memebri respon tentang majlis anugerah ABPBH yang berlangsung beberap minggu yang lalu.

Siti mengucapkan tahniah kepada semua pemenang trofi Anugerah Bintang Popular BH dan telah memberi nasihat kepada semua pemenang.

Ini nasihat dari Siti Nurhaliza:

"Kepada pemenang ABPBH 3.0, tahniah saya ucapkan. Adik -adik (merujuk kepada pemenang) sedang melalui fasa yang saya panggil sebagai 'tanggungjawab'.

"Bukan mudah melalui fasa itu tetapi dengan kesabaran yang tinggi, usaha tanpa jemu dan jati diri yang baik... insyaAllah ia boleh ditempuhi sebaik mungkin.

"Takhta kemenangan bukan pengukur kita ini hebat, tetapi lebih kepada bagaimana kita menjalankan tanggungjawab dengan baik. 


"Tanggungjawab itu merujuk kepada diri sendiri, orang sekeliling, bidang seni, tanah air, masyarakat dan peminat.

"Selamat mengharungi (cabaran) dan semoga maju jaya,"


Itulah nasihat dari Siti Nurhaliza, ianya berkenaan tanggungjawab apabila memenangi anugerah bintang popular.

Siti Nurhaliza juga ada membuat persembahan pada malam itu.