Ini Kenyataan Balas Erra Fazira Apabila Shahir Akui Sedia Nikahinya

Ini Kenyataan Balas Erra Fazira Apabila Shahir Akui Sedia Nikahinya




Baru baru ini penyanyi Shahir ada memberitahu telah sedia menikahi kekasih hati, Erra Fazira.

Baca kenyataan terbaru Shahir itu (DI SINI)

Kini ramai ingin mengetahui pendapat Erra Fazira sendiri tentang hal ini.

Apabila ditanya tentang perkahwinan, ternyata Erra tiada jawapan untuk mengesahkan hal tersebut.

Bagi Erra, dia hanya menikut flow sahaja.

Ini komennya:

“Dalam fasa sekarang, saya lebih terbuka dan senang dengan mengambil keputusan just go with the flow. Sebab bagi saya, soal jodoh adalah urusanNya. Kalau nak tunggu jodoh tu datang bergolek, kita pun tak tahu bila”

“Macam yang saya cakap tadi, itu bukan urusan kita pun. Jadi apa yang boleh saya katakan pada masa sekarang ialah, saya tidak mencari. Biarlah saya fokus dengan apa yang dilakukan sekarang. Kalau ada jodoh, adalah. Saya positif saja,”


Masuk kali ini sudah banyak kali pasangan Erra Fazira dan Shahir membuat kenyataan yang masih belum ada kepastian.


Untuk pengetahuan, Erra Fazira sebelum ini pernah bernikah dengan Yusry KRU namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama.

Apapun ramai yang ternanti untuk Erra Fazira naik pelamin lagi. 

Semoga dipermudahkan urusan dan sukses selalu uat Erra.