Faye Kusairi Dedah Punca Rancang Kehamilan Anak Dengan Azmi Hatta

Faye Kusairi Dedah Punca Rancang Kehamilan Anak Dengan Azmi Hatta



Faye Kusairi dan Azmi Hatta selamat bernikah dalam satu majlis yang agak rahsia baru-baru ini.

Setelah berkahwin, Faye Kusairi ada mendedahkan bahaya dia dan suami membuat perancangan kehamilan anak.

Ini pendedahannya:

"Alhamdulillah, kehidupan semuanya baik-baik saja. Soal cahaya mata, apa yang boleh saya katakan kami masih merancang ke arah itu, mungkin tahun depan!


"Ini kerana salah seorang anak Azmi Hatta iaitu Aqif akan menghadapi peperiksaan penting tahun ini. Justeru saya mahu dia memberi tumpuan kepada pelajaran Aqif terlebih dahulu," 


Pun begitu kata Faye, dia dan suami tidak pula menolak seandainya rezeki anak hadir lebih awal dari apa yang dirancang kerana percaya pada ketentuan Allah.

Selain itu Faye mendedahkan dia suka memasak untuk suaminya. Pelakon ini tidak sabar untuk masak apatah lagi sudah puasa.

"Sejak bujang saya memang seorang yang suka memasak dan bila dah bersuami, keterujaan untuk ke dapur semakin membuak-buak apalagi dah nak puasa ni kan...


"Tapi itulah, abang pula seorang yang tidak cerewet soal makan dan kalau boleh hari-hari dia mahukan sambal kentang je dan kita yang masak ni pun rasa bosan juga dengan yang sama,"



Sumber: mStar