Sejarah Islamofobia Sejak Zaman Awal Islam Dan Siapa Disebalik Kebencian Ini?
Islamofobia merujuk kepada istilah kontroversi, prasangka dan diskriminasi terhadap Islam dan Muslim dan istilah itu sendiri sudah digunakan sejak tahun 1980-an tetapi menjadi popular selepas serangan 11 September 2001. Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai "rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam."