"Please Stop!" - Adik Beradik Mahu Nora Berhenti Luah Perasaan Tentang Arwah Suami, Johan Nawawi

"Please Stop!" - Adik Beradik Mahu Nora Berhenti Luah Perasaan Tentang Arwah Suami, Johan Nawawi


Umum mengetahui komposer popular, Johan Nawawi telah meninggal dunia secara mengejut baru-baru ini.

Johan Nawawi merupakan suami kepada penyanyi popular Nora Ariffin yang pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza.

Setelah pemergian suami tercinta tersayang, Nora kini kerap menulis di laman sosial, meluahkan rasa rindu kepada arwah suaminya.

Boleh baca antara luahan hati Nora tentang arwah suaminya (DI SINI).

Baru-baru ini Nora telah membuat kenyataan bahawa dia akan berhenti menulis dan berhenti meluahkan perasaan di laman sosial.

Ini adalah permintaan dari adik beradiknya yang mungkin mahu Nora move on dengan kehidupannya.

Jom baca komen Nora tentang hal ni:

Saya dah kehilangan suami dalam sekelip mata.
Saya hanya ada anak-anak yang perlu ditanggung.
Saya menulis kerana ingin menenangkan diri, menguatkan semangat dan meluahkan perasaan sendiri...cerita hati saya.
Hanya pada Allah saya bergantung.
Tapi demi permintaan adik beradik saya, mereka mintak saya BERHENTI MENULIS


Namun, ramai follower Nora yang memberi doa dan kekuatan kepada Nora agar terus tabah dan jika menulis dapat menenangkan diri, para follower mahu Nora terus menulis.

Ini antara komen para followernya;




Semoga Nora dan keluarga sentiasa tabah dan cekal dalam mengharungi kehidupan setelah kehilangan insan tersayang.