Terima Dugaan Hebat, Anak Kedua Azharina Sedang Nazak, Dirawat Di ICU
Dugaan yang hebat sedang diterima oleh penyanyi Azharina, yang juga bekas juara Gegar Vaganza.
Ini tentang berita anak angkat keduanya, Rizkie Azharin Azhar Abdullah yang dikatakan kini sedang nazak.
Azharina ada berkongsi kisah duka ini di laman sosial miliknya sejak semalam.
Pada masa sama Azharina memohon diberikan ruang untuk menguruskan anaknya dan memohon maaf kerana tidak dapat menerima sebarang panggilan.
Ini komen Azharina:
"Paru-paru dah penuh susu, pendarahan otak , buah pingang kiri kanan sudah rosak , darah dia menunjukkan asid yang tidak comparable untuk hidup.
"Semasa saya bawa ke hospital selepas konsert dia masih boleh bernafas. Sekarang hanya bergantung 100% pada mesin oksigen, jantung juga di pump,”
"Memang dia kalau hidup akan seksa dan tidak normal. Saya sudah tidak berdaya, saya mohon bagi saya masa menguruskan anak sehingga saat akhir dia.
"Sebagai ibu saya sangat sedih kerana sayalah ibu, sayalah ayah buat anak-anak. Tapi saya juga wanita rapuh, tidak sempurna.
"Hanya ada doa dan air mata saja buat masa ini. Maafkan saya kerana tidak dapat menjawab panggilan sebab saya di dalam wad NICU,”
"Saya mohon doa Anak saya Rizkie Azharin Azhar bin Abdullah doanya yang sedang Nazak .
"Ya Allah hanya Allah yang Tahu HATI Ibu ini .. bila anaknya dalam keadaan kritikal. Saya mohon doa semua untuk anak saya Rizkie Azharin Azhar .. "
Kepada Azharina semoga anda kuatkan semangat dan teruskan berdoa ketika hadapi dugaan ini.
Mari kita berdoa agar anak kecil ini sihat hendaknya.