Manusia Perlu Sepantas Cheetah Untuk Berlari Diatas Air!

Selama ini ramai percaya bahawa Shaolin memiliki keupayaan luarbiasa dengan kemampuan mereka berjalan diatas air.

run at water
Gambar hiasan.

Rupa-rupanya, mereka tiada kebolehan luarbiasa itu. Rahsia sebenar mereka terletak pada papan kayu yang digunakan.

Papan kayu nipis yang dibentuk, disusun diatas air dan mereka kemudiannya berjalan diatasnya.

Lennka Tanner, seorang perenang pernah berjalan diatas air menggunakan trik yang telah dikuasainya.

Ketika berada di dalam kolam renang, gadis dari Slovakia ini akan berenang dengan posisi terbalik, kepala dibawah dan kakinya diatas, menyentuh permukaan air.

Apabila aksi dirakam dan gambar diterbalikkan, maka Lennka akan kelihatan seolah-olah berjalan diatas air.

Semua aksi diatas adalah bukti bahawa manusia tidak mampu berjalan diatas air tanpa menggunakan sebarang peralatan.

Manusia Pertama Berlari Diatas Air

Anselmo

Namun, mungkin ramai yang tidak tahu, seorang lelaki bernama Anselmo, mampu berlari diatas air tanpa bantuan sebarang peralatan ataupun magic trick.

Aksi Anselmo berlari diatas air laut ketika melarikan diri dari amukan seekor lembu telah dirakam oleh seorang jurugambar, Alan Campbell pada tahun 2005.

Orang ramai yang menyaksikan peristiwa tersebut tercengang kerana aksi selamba Anselmo untuk menyelamatkan diri menyebabkan dia boleh berlari diatas permukaan air.

Dan sehingga ke hari ini, Anselmo adalah satu-satunya manusia yang mampu melakukan aksi luarbiasa itu, malah sempat dirakam pula oleh kamera.

Kejadian ini lalu menimbulkan tanda-tanya, benarkah manusia boleh berjalan di atas air seperti yang dilakukan oleh Anselmo?

Kajian Saintis

lizard running on water

Kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari University of Chicago, Scott Waitukaitis dan Heinrich Jaeger, mendapati bahawa manusia secara prinsipnya cenderung untuk tidak mengapungkan diri dipermukaan air.

Saiz manusia yang besar dan berat menyebabkan daya graviti mengatasi ketegangan permukaan air, membuatkan kita tenggelam apabila berada di dalam air.

Sebaliknya, makhluk kecil seperti cicak dan serangga, daya molekul air telah memegang bersama-sama ketegangan permukaan air sehingga menjadi dominan.

Keseimbangan antara graviti dan ketegangan permukaan menyebabkan haiwan mampu berjalan dengan mudah diatas air.

Sebelum ini penyelidik sudah memahami bagaimana serangga berkaki panjang begitu mudah berjalan diatas air.

Cicak Basilisk misalnya, memiliki kemampuan untuk menghasilkan tenaga untuk terus bertahan dengan menampar kakinya diatas air.

Untuk manusia melakukan perkara serupa, untuk berlari diatas air, seseorang perlu memecut pada kelajuan 108 kilometer sejam, menyamai kepantasan seekor Cheetah!

Persoalannya, adakah manusia mampu berlari sepantas Cheetah?

Usain Bolt

Pelari terpantas di dunia, Usain Bolt, secara purata memiliki kepantasan 37 kilometer sejam, masih belum mampu mengatasi kelajuan larian Cheetah.

Dan untuk mampu berlari diatas air, seseorang harus memiliki 3 kali kelajuan Usain Bolt.

Malangnya, untuk menandingi Usian Bolt pun boleh dikatakan mustahil, inikan pula 3 kali kelajuannya.

Selamat membaca..

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Manusia Yang Tidak Penat Berlari!

-SENTIASAPANAS.COM