Kes Atlet Karate Belasah Penjenayah, Ini Kisah Sebenar Yang Mengejutkan Dari Pihak Polis
Semalam telah viral tentang kes seorang atlet karate dari Sabah kononnya belasah penjenayah yang cuba menyamunnya.
KES VIRAL
Dalam laporan yang viral itu, atlet berusia 20 tahun itu dikatakan sedang memandu seorang diri pada jam 11.40 malam.
Kemudian dua pendatang asing tanpa izin (PATI) mengekorinya sebelum menahan kereta mangsa.
Penjenayah itu dikatakan memaksa mangsa menyerahkan wang sambil mengeluarkan sebilah pisau namun dibelasah hingga koma.
KENYATAAN POLIS
Pihak polis telah tampil memberi kenyataan tentang hal ini.
Polis menafikan berlakunya kejadian atlet karate wanita membelasah dua lelaki yang cuba menyamunnya sehingga koma di daerah ini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, tiada sebarang laporan dibuat sama ada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, IPD Penampang dan mana-mana balai polis.
Ini komen Polis:
"Orang ramai dinasihatkan mendapatkan pengesahan sesuatu berita itu sama ada benar atau palsu. Bukannya menyebarkan sesuatu berita sebelum disahkan pihak berwajib,"
Ramai yang terkejut dengan kenyataan mengatakan berita ini adalah palsu.
Kemudian didapati, facebook milik wanita bernama Alice itu kemudian telah ditutup dan dipadam.