Fattah Amin Akhirnya Tampil Dedah Status Hubungan Dengan Selebriti VIP, Azrinaz

Fattah Amin Akhirnya Tampil Dedah Status Hubungan Dengan Selebriti VIP, Azrinaz



Fattah Amin telah terpalit gosip hangat apabila dikaitkan dengan selebriti berstatus VIP iaitu Azrinaz Mazhar Hakim.

Malah beberapa ekping gambarnya dengan Azrinaz juga tersebar meluas di laman sosial.

FATTAH TAMPIL BUAT KENYATAAN

Melihat ramai memperkatakan tentang hal ini, Fattah tampil memberi kenyataan tentang hal berkenaan.

Pelakon kacak ini telah menafikan dakwaan kononnya dia kini berkawan rapat dengan bekas personaliti TV3 itu.

Dia mengatakan itu adalah satu fitnah yang besar dan tidak mahu perkara itu berlarutan.


Ini komennya:

"Bagi saya ia merupakan satu fitnah yang dilemparkan sehingga tersebar di laman sosial.

"Saya terpanggil untuk membuat kenyataan ini kerana perkara ia tidak benar dan tidak pernah berlaku,"

"Saya cuba mengambil langkah berdiam diri dan bertenang tetapi nampaknya cerita tidak berasas ini semakin berleluasa dan saya terpanggil untuk membetulkan keadaan.

"Saya mohon jasa baik semua pihak supaya tidak memanjangkan perkara yang tidak berasas sehingga boleh jatuh sebagai fitnah.

"Secara tidak langsung ia akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada individu itu sendiri," jelasnya.

KISAH SEBENAR GAMBARNYA

Menjelaskan perkara sebenar, Fattah mengatakan Azrinaz dan rakan rakan telah berkunjung ke kafe miliknya iaitu Stalker Cafe.

Kemudian mereka bergambar dan Azrinaz memuatnaik gambar itu di laman Instagram.

Ini komennya lagi:

"Azrinaz datang bersama kawan-kawannya dan yang lain juga memuat naik gambar saya bersama mereka dan persoalannya kenapa ada isu dan tuduhan terhadap saya dan dia.

"Ini adalah benda biasa yang peminat-peminat saya sering lakukan sebelum ini dan mungkin kerana Azrinaz adalah selebriti dan itu yang dijadikan bahan bualan sehingga jadi fitnah,"

MASIH SOLO

"Mungkin isu ini timbul kerana saya pun masih tiada teman istimewa dan Azrinaz pun masih solo lagi.

"Saya mengharapkan sokongan dari peminat-peminat saya daripada sudut positif dan jangan mudah percaya dengan gosip seperti ini,"

Mereka berdua menjadi mangsa spekulasi peminat sahaja.