Burung Pipit Mampu Terbang Sejauh 29,000 Kilometer!
Satu kajian saintis mendapati, sejenis burung kecil yang beratnya bersamaan dua sudu teh mempunyai kemampuan untuk terbang sejauh kira-kira 29,000 kilometer, berulang alik dari benua Artik ke benua Afrika untuk mencari makanan sepanjang musim sejuk. Kajian yang disiarkan jurnal sains Biology Letters mendapati, burung pipit jenis Oenanthe oenanthe itu hanya mempunyai berat kira-kira 25 gram,