Rumah Tangga Bergolak, Ini Kenyataan Rasmi Pelakon Nazim Othman
Semalam, kecoh apabila ada yang mengatakan perkahwinan pasangan selebriti Naim Othman dan juga Bella Dally bermasalah.
Perkara ini timbul apabila mereka berdua sudah tidak berkongsi gambar bersama malah Bella dikatakan memadam gambar Nazim Othman.
Wartawan telah mendapatkan Nazim Othman untuk bertanya perkara sebenar.
Kini pelakon ini telah tampil memberi respon.
Ini komennya:
“Terima kasih kepada yang bertanya, itu menunjukkan mereka masih mengambil berat tentang kami. Saya terima semuanya dari perspektif positif. Untuk pengetahuan semua, kami baik-baik saja”
“Dari dahulu lagi saya memang tak suka berkongsi kisah peribadi. Malah selepas berkahwin pun prinsip saya masih sama. Berkenaan gosip itu, tak ada apa yang perlu diceritakan lebih lanjut,”
Apapun semoga perkahwinan mereka berdua sentiasa bahagia. Cepat cepatlah timang anak.