TERKINI: Emma Maembong Dikejarkan Ke Hospital

Emma Maembong Dikejarkan Ke Hospital



Emma Maembong kini sedang terlantar dan dirawat di sebuah hosital.

Pelakon jelita ini terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit perut yang keterlaluan.

Pada awalnya Emma dikatakan enggan mendapatkan rawatan kerana menganggap ianya sakit perut biasa.

Namun setelah mendapatkan rawatan Emma didapati mengalami jangkitan virus yang menyebabkan kesihatannya terganggu sejak pagi tadi.

Ini penjelasan dari pengurus Emma:

“Buat masa ini, Emma masih tidur selepas diberikan ubat. Doktor memang memintanya supaya tidak diganggu. Sekarang kesakitannya sudah berkurangan, cuma tidak boleh ada pelawat. 


"Kalau tengok keadaannya malam tadi, memang membimbangkan walaupun sebenarnya Emma tidak mahu dimasukkan ke hospital kerana komitmen kerja hari ini”

“Namun, dalam keadaan begini kesihatannya perlu menjadi keutamaan dan kami berterima kasih kerana pihak berkaitan pun memahami situasi ini. 


"Kami minta maaf kerana menyebabkan komitmen kerja tergendala. Saya sendiri tidak dimaklumkan berapa lama Emma akan ditahan di hospital,”

Sekeping gambar juga dimuat naik menunjukkan Emma sedang terlantar di katil hospital terbabit.

Semoga pelakon ini cepat sembuh.