Model Kamera Terbaharu 'Leica M10' Berharga RM30,000!

Leica sememangnya popular dalam mengeluarkan kamera-kamera yang sangat berkualiti tinggi dan juga berharga premium.

Leica M10

Tidak hanya menjual fungsi yang ada pada kamera, syarikat yang berpangkalan di German ini nampaknya berjaya menjual jenamanya kepada orang ramai.

Manakan tidak, model terbaru daripada Leica M series iaitu Leica M10 kini mula dijual dengan RM30 ribu.

Harga yang diumumkan ini juga sedikit sebanyak telah mengejutkan peminat Leica yang umum tahu kamera keluaran jenama ini sangat mahal harganya.

Dikatakan kualiti pembinaan yang dititikberatkan antara yang membuatkan model ini tampil eksklusif.

Dari segi fungsi, Leica M10 disertai dengan sensor CMOS 24-megapixel dengan kebolehan untuk mengambil gambar dengan ISO 100-50,000.

Leica M10

Melihat kepada range ISO yang tinggi, Leica M10 berupaya mengambil gambar tanpa sebarang noise sesuai dengan tanda harga yang ada padanya.

Buat jenama lain, kebolehan untuk menukar lens mungkin bukanlah sesuatu yang baru, namun bagi Leica ini merupakan pertama kali siri digital rangefinder keluaran mereka tampil dengan fungsi seperti ini.

Selain itu, penyertaan built-in Wi-Fi bagi memudahkan pengguna mendapatkan gambar yang diambil melalui smartphone mereka antara yang disertakan.

Ketiadaan fungsi video adalah disengajakan menurut Leica. Hal ini berikutan Leica mahu model keluaran mereka ini memfokuskan kepada image processing yang terbaik semata-mata.

Memandangkan model ini merupakan keluaran Leica, pengeluaran yang limited sudah menjadi tradisi buat jenama ini.

Leica M10

Wajar juga model ini dikeluarkan dengan bilangan yang sedikit berikutan harganya yang ‘premium’.

Leica M10 bakal mula dijual dengan dengan harga $6595 USD (~RM29,327.97) dan tempahan boleh dibuat melalui laman web Leica manakala lens Leica M10 pula dijual dengan harga berasingan.

BACA INI JUGA: Sejarah Kegagalan Kodak, Syarikat Gergasi Yang Tidak Berani Berubah

Sumber: thevocket