Bagi peminat tegar bola sepak yang sudah lama mengikuti perjalanan Liga Malaysia sejak zaman semi-pro, nama Matlan Marjan cukup lagenda di negara ini.
Nama beliau sebaris dengan nama-nama besar ketika itu seperti Mubin Mokhtar, Zainal Abidin Hassan, Nizam Adza Yusoff, Afendi Julaihi dan beberapa nama besar tempatan yang lain.
Kebanggaan Sabah
Jika nama Matlan Marjan ditanyakan kepada peminat bola sepak Sabah, nama ini mungkin selagenda Diego Maradona yang sinonim dengan bola sepak Argentina. Jasa Matlan Marjan pada kebangkitan bola sepak Sabah sangat dikenang.
Dilahirkan pada 18 Oktober 1968, lagenda Sabah ini memulakan karier bola sepaknya bersama skuad Piala Presiden Sabah pada tahun 1987 hingga 1988. Setahun selepas itu dia mula menyarung jersi skuad senior Sabah.
Percaya atau tidak, Matlan Marjan adalah satu-satunya pemain Malaysia yang berjaya membolos gawang skuad England dan juga pemain asia pertama menjaringkan gol menentang skuad utama England!
Skuad England ketika itu bukan calang-calang, diketuai oleh penjaring berbisa England Gary Lineker dan 2 gol Matlan Marjan berjaya dipahat meskipun skuad negara tewas 4-2 pada perlawanan tersebut.
Dari segi pencapaian domestik pula, tidak banyak yang dicapai oleh Matlan Marjan.
Namun seperti yang dikatakan, beliaulah antara pencetus kebangkitan bolasepak Sabah yang digelar The Rhinos atau Badak.
Gandingan beliau bersama Scott Ollerenshaw mencetuskan kegerunan pada mana-mana pemain pertahanan lawan ketika itu.
Pada perlawanan Akhir Piala FA Malaysia 1995, Matlan Marjan antara penyumbang gol yang menewaskan seorang lagi lagenda penjaga gol negara, Muadzar Mohamed.
Ini membolehkan skuad kendalian Kelly Tham membawa pulang Piala FA Malaysia merentasi Laut China Selatan menewaskan Pahang dengan jaringan 3-1.
Tersilap langkah
Berakhir kejuaraan Piala FA 1995, rata-rata peminat bola sepak negara sudah meramal akan kejaguhan Sabah pada tahun-tahun mendatang.
Nama Matlan Marjan disebut-sebut bakal membawa pulang piala keramat yang menjadi rebutan semua pasukan - Piala Malaysia.
Tetapi bukan itu yang berlaku, sebaliknya kesilapan membuat keputusan saat karier diambang puncak telah membunuh karier beliau.
Matlan Marja dikaburi dengan wang ringgit. Mungkin juga kelemahan persatuan yang tidak menjaga kebajikan pemain, Matlan Marjan dituduh mengambil rasuah dan mengatur keputusan perlawanan.
Beliau bersama 5 rakan dari skuad utama Sabah yang lain akhirnya disabitkan bersalah dengan tuduhan itu.
Matlan Marjan menerima hukuman penggantungan seumur hidup oleh FAM dan dilarang terlibat sama sekali dengan bola sepak secara profesional.
Lebih perit lagi dia juga dibuang daerah ke Semporna untuk suatu jangka masa yang ditetapkan.
Hukuman ini seolah hukuman mati, membunuh terus karier beliau sebagai pemain bola sepak.
Dan nama Matlan Marjan terus tenggelam ditelan masa. Difahamkan beliau masih terlibat dalam dunia bola sepak di Sabah, mungkin sebagai penasihat dan jurulatih kelab tidak profesional.
Adakah hukuman ini berbaloi untuk bola sepak negara? Untuk Matlan Marjan sendiri? Kita sendiri tidak pasti.
Yang pasti, kes seperti ini harus dijadikan pengajaran buat semua pemain dan juga pihak pengurusan mana-mana persatuan bola sepak.
Selepas ‘kehilangan’ Matlan Marjan, bola sepak Sabah cuba untuk melahirkan ‘The Next Matlan’ seperti Harun Laban, Mohamad Jaya Kasim dan adik beliau sendiri iaitu Zainizam Marjan namun kesemuanya gagal memahat nama sehebat Matlan.
Diatas kertas rasmi, pemain Sabah yang dibanggakan seluruh negara mungkin hanyalah Hasan Sani dan James Wong, tetapi dihati peminat The Rhinos, nama Matlan Marjan takkan pernah padam dalam sejarah bola sepak Sabah.
Terima kasih lagenda Matlan Marjan!
BACA INI JUGA: Sejarah Nombor Jersi Bola Sepak Yang Anda Tak Tahu
Sumber: semuanyabola