Ayam Sampah 'PagPag' Untuk Golongan Miskin Di Filipina

Bagi segelintir golongan miskin di Manila, Filipina, mereka terpaksa mengutip lebihan sisa ayam daripada sampah untuk dijadikan makanan semula.

PagPag

Umumnya, lebihan sisa ayam ini diperolehi daripada sampah yang terdapat di restoran segera. Sisa ayam ini akan diproses dan dimasak semula untuk dimakan.

Makanan ini dipanggil ‘PagPag’ iaitu istilah Tagalog untuk makanan yang dihasilkan daripada sampah.

PagPag bukan sahaja sisa ayam daripada sampah, malah boleh jadi daging beku yang sudah tamat tempoh,ikan atau sayur-sayuran yang dibuang oleh pasaraya.

PagPag

Cara penyediaan PagPag, lebihan sisa makanan itu tadi akan dibersihkan dan diasing dengan mengambil hanya isi ayam sahaja. Kemudian ia akan digoreng semula dengan minyak panas, sebelum sedia untuk dimakan.

Di perkampungan yang daif, PagPag akan dijual semula kepada golongan miskin yang lain. Ini bermakna PagPag juga dijadikan sebagai sumber pendapatan oleh golongan miskin di sana.

PagPag

Sehubungan itu, Suruhanjaya Anti Kemiskinan Antarabangsa (NAPC) telah mengeluarkan amaran terhadap makanan PagPag yang dikatakan mengandungi toksin dan racun yang merbahaya untuk kesihatan.

Namun, amaran itu tidak diendahkan oleh penjual PagPag dengan menafikan masih belum ada lagi orang yang meninggal dunia disebabkan makan makanan tersebut.

BACA INI JUGA: 9 Makanan Yang Tidak Sepatutnya Dipanaskan Semula

Sumber: thevocket