10 Fakta Hebat Tetapi Pelik

Dunia sememangnya dipenuhi dengan pelbagai perkara pelik dan aneh yang adakalanya sukar diterima logik akal.

Namun, itulah yang menjadikan sesuatu perkara itu unik dengan ‘jalan cerita’ yang belum diketahui kebanyakan orang.

Berikut kami kongsikan 10 fakta yang mungkin menjadikan anda seorang yang lebih berpengetahuan dan pada masa yang sama seorang yang agak pelik. Selamat membaca!

1. Mesin layan diri lebih bahaya daripada ikan jerung

Mesin layan diri

Mesin layan diri (vending machine) yang kebiasaanya menjual minuman bertin bukan sesuatu perkara yang asing.

Pengguna boleh membeli makanan, panas, payung, rokok, gajet, waima seluar dalam juga dari mesin layan diri ini.

Namun tahukah anda, pada tahun 1978 sehingga 1995 di Amerika Syarikat (AS), dilaporkan seramai 37 orang telah terbunuh disebabkan kegagalan fungsi mesin ini, menjadikan kadar purata kematian 2.18 setiap tahun, iaitu kadar yang lebih tinggi daripada jumlah serangan ikan jerung.

2. Cip procesor kalkulator saintifik

Cip procesor

Lihat sahaja kalkulator yang sering digunakan untuk memudahkan pelajar di sekolah ini, bagaimana sekiranya kami memberitahu bahawa kalkulator ini mempunyai enam kali lebih berkuasa daripada komputer yang digunakan ketika roket Apollo 11 mendarat di bulan? Gila!

3. Manusia menyalin kulit

kulit

Mungkin perkara ini hanyalah desas desus sahaja, namun ‘khabar angin’ ini adakalanya benar dari segi saintifik.

Secara purata sel-sel kulit manusia yang tua dan mati akan jatuh ke tanah sebanyak 18 kilogram kulit seumur hidup!

4. Manusia kidal dan risiko kematian lebih tinggi?

Kidal

Dikatakan lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barangan yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan.

Mungkin desas-desus mengenai statistik kematian adalah kurang tepat namun apa yang pasti, barangan yang dicipta untuk pengguna tangan kanan akan menjadi lima kali lebih berbahaya sekiranya digunakan pengguna kidal.

5. Badan manusia dewasa menghasilkan bakteria

Bakteria

Tubuh seorang manusia dewasa secara puratanya akan menghasilkan kira-kira 1 hingga 4 kilogram bakteria.

Cuba anda bayangkan sekiranya anda boleh mengecilkan badan sehingga ke saiz mikroskopik dan lihat di kawasan kulit badan anda, pastinya begitu terkejut dengan jumlah kuman yang terdapat.

6. Tapak sulaiman sama seperti cicak

Tapak sulaiman

Jika ekor cicak putus, anggota yang hilang ini dapat dihasilkan semula daripada tubuhnya yang masih hidup.

Hidupan laut seperti tapak sulaiman juga dapat menumbuhkan semula anggotanya yang putus.

Seperti cicak, tapak sulaiman menanggalkan tangannya untuk melarikan diri daripada pemangsa.

7. Semut lebih dominan berbanding manusia?

Semut

Nisbah antara bilangan manusia di dunia dengan serangga semut adalah 1 juta semut bagi setiap manusia.

Apa yang lebih menarik adalah serangga semut merupakan antara makhluk terkuat di dunia jika dibandingkan dengan saiznya, berbanding manusia.

8. Dinasour Velociraptors hanya sebesar ayam

Velociraptors

Pasti ramai yang menyaksikan watak dinasour ini di dalam filem Jurassic Park yang buas berlari mengejar mangsa yang terdiri daripada haiwan kecil, namun hakikat yang sebanarnya adalah saiz sebenar dinousour ini hanyalah sebesar ayam.

9. Janis Joplin yang dikenali ‘Generous’ Janis

Janis Joplin

Kematian legenda penyanyi country Amerika Syarikat ini berkait rapat dengan ‘Sumpahan 27’ yang turut dikaitkan dengan kematian penyanyi Jim Morrisson, Jimmy Hendrix, Kurt Cobain dan ramai lagi sewaktu usianya mencecah 27 tahun.

Janis sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia sempat menghulurkan AS$2,500 kepada rakannya dengan mengatakan ‘buatlah satu majlis penghormatan’ dengan menggunakan duit yang diberikan kepada rakannya itu.

10. Efek ‘ubi kentang’

Ubi kentang

Mungkin kedengaran agak kelakar namun disebabkan ubi kentang, populasi penduduk di Ireland pada tahun 1845 telah menurun sehingga menyebabkan ribuan rakyatnya mati disebabkan memakan tanaman ini.

Insiden Kebuluran Ireland 1845 berlaku disebabkan oleh kebergantungan yang tinggi terhadap ubi kentang sebagai sumber makanan utama.

Apabila ubi kentang tidak dapat dihasilkan dengan banyak disebabkan oleh serangan ‘penyakit ubi kentang’, maka ramai penduduk yang tidak mendapat makanan.

Ini berlarutan sehingga kes kebuluran yang serius dan akhirnya mengakibatkan jumlah kematian meningkat.

BACA INI JUGA: Cara Aneh Dan Pelik Untuk Kelihatan Cantik

Sumber: Mynewshub