Halima Aden, Remaja Bertudung Peserta Pertandingan Ratu Cantik Miss Minnesota

Halima Aden, remaja Muslim berusia 19 tahun dari St. Cloud, Minnesota, Amerika Syarikat (AS) menjadi gadis berhijab pertama menyertai pertandingan ratu cantik Miss Minnesota.

Halima Aden

Halima Aden, seperti semua peserta lain terpaksa mengharungi beberapa cabaran dalam pertandingan tersebut antaranya mengenakan pakaian mandi.

Menerusi acara berkenaan, Halima diberi kelonggaran apabila mengenakan burkini iaitu pakaian mandi khusus untuk golongan Muslimah.

Halima antara peserta yang berjaya sampai ke peringkat akhir pertandingan pencarian ratu cantik tersebut dan mahu menggunakan platform berkenaan untuk merubah persepsi serong terhadap imej Islam.

Halima Aden

Menerusi satu wawancara di stesen tempatan WCCO-TV, Halima berkata, “Sebelum ini saya menganggap ia sesuatu yang negatif untuk berbeza daripada orang lain.

“Tetapi semakin saya dewasa, saya menyedari kita semua ada keunikan tersendiri yang membuatkan kita menyerlah.

“Tidak sesiapapun sepatutnya tenggelam. Bayangkan betapa membosankan dunia ini jika semua orang sama?”

Halima Aden

Difahamkan keluarganya merupakan pelarian Somalia yang tiba di AS ketika dia berusia tujuh tahun.

Malah penglibatannya dalam pertandingan tersebut mendapat sokongan padu daripada ibunya, Rukia Aden.

“Ini memang sesuatu yang baru bagi saya. Saya amat gembira kami hidup di AS dengan rakyatnya bebas dan boleh memakai apa saja dikehendaki mereka,” katanya.

Halima Aden

Pencarian ratu cantik itu dimenangi oleh Meridith Gould dari Minneapolis yang akan mewakili negeri itu ke pertandingan Miss USA, tahun depan.

BACA INI JUGA: Noor Tagouri, Wanita Berhijab Pertama Tampil Dalam Majalah Playboy!

Sumber: Mynewshub