AKHIRNYA Fattah Amin Tampil Beri Respon Kepada Kenyataan Neelofa
Fattah Amin akhirnya tampil membuka mulut mengenai kenyataan yang dibuat oleh Neelofa sebelum ini.
Baca kenyataan Neelofa DI SINI.
Dalam sebuah kenyataan yang diberikan Fattah menerusi aplikasi Whatsapp, dia enggan memanjangkan lagi isu ini.
Berikut merupakan kenyataan penuh Fattah:
"Salam semua. Di kesempatan ini saya nak ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang terus menerus daripada semua pihak media.
"Berkenaan permintaan komen balas ke atas kenyataan Neelofa, sejujurnya saya tidak mahu membuat kenyataan untuk memanjangkan lagi isu ini.
"Pada pandangan saya, setiap selebriti yang melalui fasa peningkatan akan sentiasa diuji. Setiap orang akan melalui ujian yang berbeza dan waktu ini adalah waktu saya diuji.
"Apa pun saya percaya untuk menjadi orang yang hebat dugaannya pasti hebat. Saya memohon semua peminat terus mendoakan saya terus kuat untuk melalui proses ini.
"Untuk perkembangan kerjaya saya yang terkini, saya bakal menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada semua peminat pada awal Januari nanti.
"Diharap anda semua akan terus menyokong kerjaya seni saya dalam menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan. Sekian, terima kasih,"
Jawapan Fattah ini membuat ramai pihak kurang berpuas hati kerana tidak menjawab persoalan yang timbul dan hanya memberi jawapan yang selamat.
Mungkin Fattah malas mahu melayan gosip yang melandanya.